Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
2,773 kes baru Covid-19, enam meninggal dunia
Diterbitkan:  Jul 2, 2022 9:19 AM
Dikemaskini: 1:19 AM

Kementerian Kesihatan melaporkan 2,773 kes baru Covid-19 semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 4,568,828.

Kes aktif kini berjumlah 30,217, meningkat 14.6 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (884)

Kuala Lumpur (793)

Perak (209)

Negeri Sembilan (155)

Pulau Pinang (138)

Sabah (135)

Melaka (110)

Putrajaya (97)

Johor (60)

Pahang (60)

Sarawak (47)

Kedah (35)

Kelantan (24)

Terengganu (17)

Perlis (5)

Labuan (4)

Enam lagi kematian yang dikaitkan dengan Covid-19 dilaporkan semalam - kesemuanya meninggal dunia di hospital.

Sejak minggu lepas, purata kes kematian adalah 3.7 orang sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 3.1, menandakan trend peningkatan.

Masing-masing dua kematian dilaporkan di Perak dan Pulau Pinang, dan satu kematian di Johor dan Negeri Sembilan.

Sejak permulaan wabak pada Mac 2020, sebanyak 35,771 kematian telah dikaitkan dengan Covid-19.

Terdapat 1,252 pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital, di mana 47 daripadanya berada di unit rawatan rapi (ICU).

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dilaporkan di Selangor (165) diikuti Johor (117) dan Kedah (81).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS