Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Ikan paus muncul di Langkawi untuk makan ikan bilis
Diterbitkan:  Jun 30, 2022 1:02 PM
Dikemaskini: Jul 1, 2022 10:16 AM

Kemunculan ikan paus di Langkawi membuatkan warga maya kecoh.

Ramai terkejut apabila mendapati terdapat mamalia besar itu di perairan negara.

Kumpulan pemuliharaan laut Kajian Mamalia Laut dan Pemuliharaan (Marecet) berkata ikan paus Bryde itu memang sentiasa melalui kawasan itu bagi mendapatkan ikan bilis, yang kebetulan banyak tahun ini.

“Ikan paus ini ambil kesempatan atas kewujudan banyak ikan bilis sekarang, dan pasukan kami mendapat peluang hebat utnuk mendumentasikan gelagat pemakanannya,” kata Marecet.

Marecat telah membuat dokumentasi ke atas ikan paus dan habitat mereka di perairan Kedah sejak tahun 2019.

Video tular sekumpulan ikan paus pada awal minggu ini dirakam kru Marecet 70km dari persisiran Langkawi.

“Ia sangat mengagumkan untuk melihat mereka melompat keluar dari permukaan air dan membuka mulut mereka dengan sangat luas dalam masa yang singkat iaitu 15-55 saat.

“Ikan paus itu akan menunggu ikan untuk masuk dan kemudian menutup mulut dan menolak air yang terisi keluar. Meninggalkan ikan kecil terperangkap di dalam mulutnya.

Dan kemudian ikan paus itu akan menelannya,” katanya.

Pada tahun 2019, International Union for Conservation of Nature (IUCN) mengiktiraf perairan di sekitar Langkawi sebagai Important Marine Mammal Area (IMMA).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS