Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
2,605 kes baru Covid-19, lima lagi korban
Diterbitkan:  Jun 30, 2022 10:00 AM
Dikemaskini: 2:00 AM

Kementerian Kesihatan melaporkan 2,605 kes baru Covid-19 semalam.

Kes aktif kini berjumlah 28,714, meningkat 16.9 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

Kuala Lumpur (865)
Selangor (730)
Sabah (163)
Perak (152)
Pulau Pinang (138)
Negeri Sembilan (105)
Melaka (102)
Johor (66)
Kedah (57)
Putrajaya (57)
Pahang (56)
Sarawak (53)
Kelantan (24)
Terengganu (23)
Perlis (8)
Labuan (6)

Lima lagi kematian yang dikaitkan dengan Covid-19 dilaporkan semalam, dengan satu daripadanya meninggal dunia sebelum tiba di hospital.

Kes kematian ini dilaporkan di Melaka (2), Pahang (2) dan Selangor (1).

Sejak permulaan wabak pada Mac 2020, sebanyak 35,763 kematian telah dikaitkan dengan Covid-19.

Terdapat 87 kematian Covid-19 yang dilaporkan pada bulan ini. Sebagai perbandingan, terdapat 129 kematian pada bulan lepas dan 564 kematian pada April.

Terdapat 1,187 pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital, di mana 40 daripadanya berada di unit rawatan rapi.

Bilangan pesakit di unit rawatan rapi tidak setinggi ini sejak 16 Mei.

Jumlah kemasukan tertinggi semalam dicatatkan di Selangor (170) diikuti Johor (105) dan Sabah (59).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS