Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hamzah akui kebocoran data peribadi, nafi kerja 'orang dalam' JPN
Diterbitkan:  Jun 29, 2022 2:43 PM
Dikemaskini: 6:43 AM

Bilangan agensi kerajaan yang mempunyai akses kepada pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan dikurangkan untuk membendung kebocoran data peribadi, kata Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin.

Dalam temu bual bersama Sinar Harian, Hamzah berkata keputusan itu dibuat selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam cubaan menjual 22.5 juta rekod peribadi di internet dengan harga AS$10,000.

Hamzah berkata data kebocoran itu mungkin datang daripada internet, syarikat telekomunikasi, institusi kewangan dan agensi kerajaan lain, seperti jabatan tanah dan galian.

Menurutnya kebocoran data itu tidak melibatkan "orang dalam" JPN.

"Sebelum ini, terdapat banyak agensi yang mempunyai akses. Selepas kebocoran berlaku, JPN akan mengehadkan akses kepada hanya 44 agensi," katanya.

Pada akhir April, seorang pengguna forum penggodaman Breached.co mendakwa memiliki 22.5 juta rekod daripada API Myidentity.gov.my JPN.

Penjual yang dikatakan juga memaparkan "sampel" daripada set datanya yang didakwa milik Hamzah.

Sementara itu, Hamzah berkata akan ada "watermark" pada set data yang akan membantu mengenal pasti punca kebocoran data pada masa depan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS