Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hamzah: Belum terima surat Mohamaddin keluar Bersatu
Diterbitkan:  Jun 28, 2022 8:40 PM
Dikemaskini: 12:40 PM

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata beliau belum menerima surat daripada Ahli Parlimen Lahad Datu Datuk Mohamaddin Ketapi berhubung pengumumannya untuk keluar parti itu.

"Saya belum menerima apa-apa surat dari dia (Mohamaddin).

“Dia baru cakap...maklumlah kadang-kadang orang ada perasaan macam-macam," katanya ketika mengulas pengumuman Mohamaddin hari ini bahawa beliau keluar daripada Bersatu yang disertainya selepas meninggalkan Parti Warisan tahun lepas.

Mohamaddin berkata beliau bertindak demikian atas sebab tidak diberi peranan serta kepercayaan untuk mengukuhkan parti tersebut terutama di peringkat akar umbi di kawasan Parlimen Lahad Datu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, setelah lebih enam bulan bersama Bersatu.

Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian kepada media selepas majlis apresiasi Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan dan Pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 (JKPS) yang ditubuhkan pada 25 Jun tahun lalu untuk menggerakkan Op Patuh bagi menguatkuasakan PKP.

Pada 30 Okt tahun lepas, Mohamaddin mengumumkan keluar daripada Warisan sebelum menyertai Bersatu pada 26 Nov tahun lepas.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS