Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Dr Mahathir Mohamad pagi ini keluar dari pejabat Jabatan Peguam Negara (AGC), tempat dia sepatutnya diwawancara oleh panel salah laku tort berkaitan isu kedaulatan Pulau Batu Puteh, sebagai tanda protes terhadap bekas peguam negara Apandi Ali.

Bekas perdana menteri berbuat demikian kerana panel itu masih diketuai Apandi, yang menurut Mahathir mempunyai konflik kepentingan dalam kes itu.

Mahathir, anggota parlimen langkawi, tiba di AGC di Putrajaya pada jam 9.40 pagi tetapi keluar dari situ selepas mengetahui tiada perubahan pada jawatan pengerusi panel.

“Saya tidak akan hadir sesi inkuiri ini kerana kita dah tulis surat pada pejabat, ingin tahu kenapa Apandi Ali dipilih jadi pengerusi,” katanya.

Apandi Ali

“Apandi terlibat dalam kes ini. Dia tak patut jadi pengerusi. Dia patut jadi saksi.”

Bercakap kepada pemberita ketika hendak beredar, Mahathir juga berkata perkara itu sebagai tidak masuk akal.

Menurut peguam Mahathir, kerajaan menubuhkan pasukan khas untuk menyemak semula isu perundangan berkaitan tuntutan terhadap Pulau Batu Puteh, dekat Johor.

Pasukan itu antaranya akan menyiasat kemungkinan terdapat salah laku Mahathir pada 2018 ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diketuainya ketika itu menarik balik rayuan dalam kes perebutan pulau itu dengan Singapura.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS