Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis: Video berbalas tembakan di Amerika Latin, bukan Klang

Polis Klang Selatan menafikan video yang tular di media sosial yang memaparkan kejadian tembak-menembak dikatakan berlaku di kawasan Bukit Tinggi di Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata hasil semakan mendapati, video itu sebenarnya berlaku di sebuah negara Amerika Latin.

“Video berbalas tembakan antara suspek dan pengawal keselamatan di dalam sebuah permis itu, tidak berlaku di kawasan Bukit Tinggi,” katanya dalam kenyataan di hari ini.

Dia berkata pihak polis memberikan amaran keras kepada orang awam, agar tidak menularkan apa-apa maklumat yang tidak benar ke media sosial sehingga mendatangkan kegusaran kepada masyarakat.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS