Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
2,425 kes baru Covid-19, empat lagi korban
Diterbitkan:  Jun 23, 2022 9:33 AM
Dikemaskini: 1:33 AM

Sebanyak 2,425 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kini adalah sebanyak 4,547,051 kes.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan kes aktif kini berjumlah 27,026, meningkat 22.5 peratus berbanding 14 hari lalu.

Berikut adalah kes baru Covid-19 mengikut negeri:

Selangor (1,055)

Kuala Lumpur (515)

Pulau Pinang (148)

Sabah (125)

Perak (113)

Negeri Sembilan (87)

Sarawak (64)

Putrajaya (64)

Johor (59)

Melaka (57)

Kedah (54)

Pahang (33)

Kelantan (27)

Terengganu (17)

Perlis (6)

Labuan (1)

Empat lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, di mana satu kematian berlaku di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Kes-kes kematian tersebut dilaporkan berlaku di Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Sabah.

Sejak wabak berkenaan melanda negara pada Mac 2020, sebanyak 35,741 kematian akibat virus itu direkodkan di seluruh negara.

Sebanyak 65 kematian direkodkan pada bulan ini berbanding 129 kematian pada Mei dan 564 kematian pada bulan sebelumnya.

Sementara itu, seramai 1,020 pesakit Covid-19 kini dirawat di hospital dengan 30 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Johor (110) diikuti Selangor (106) dan Sabah (84).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS