Harga minyak RON97 terus mencecah paras teringgi lagi dengan harga runcit RM4.84 seliter, mulai tengah malam ini.
Paras tertinggi itu dicatat untuk dua minggu berturut-turut.
Harga baru itu meningkat 1sen berbanding minggu lepas.
Sementara itu, harga minyak RON95 pula, yang digunakan meluas rakyat Malaysia, kekal pada RM2.05 seliter.
Harga runcit diesel juga tidak berubah dan akan kekal dijual pada harga RM2.15 seliter.
Bagi melindungi pengguna, kata Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan petang ini, harga RON95 dan diesel tetap dijual pada harga siling walaupun harga sebenar lebih tinggi.
MOF berkata kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan memastikan kebajikan rakyat terjaga.