Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1,921 kes baru Covid-19, dua kematian
Diterbitkan:  Jun 22, 2022 9:09 AM
Dikemaskini: 1:09 AM

Kementerian Kesihatan memaklumkan sebanyak 1,921 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam.

Kes aktif kini berjumlah 26,155, meningkat 21.2 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (714)

Kuala Lumpur (521)

Pulau Pinang (125)

Perak (98)

Sabah (96)

Negeri Sembilan (69)

Johor (63)

Kedah (52)

Sarawak (47)

Putrajaya (37)

Melaka (32)

Pahang (23)

Kelantan (19)

Terengganu (14)

Labuan (7)

Perlis (4)

Dua lagi kematian dilaporkan semalam, masing-masing di Johor dan Selangor.

Sejak permulaan wabak pada Mac 2020, sebanyak 35,737 kematian akibat Covid-19 dicatatkan di seluruh negara.

Sebanyak 61 kematian dilaporkan pada bulan ini berbanding 129 kematian pada Mei dan 564 kematian pada bulan sebelumnya.

Sementara itu, seramai 1,052 pesakit Covid-19 kii dirawat di hospital di seluruh negara dengan 29 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi.

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Selangor (137) diikuti Johor (107) dan Sabah (60).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS