Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
AS$61 juta, £9.4 juta masuk ke akaun peribadi Najib, kata saksi

BICARA 1MDB l Akaun AmBank Najib Razak yang berakhir dengan nombor akaun 694 menerima AS$61 juta pada 23 Mac 2013, kata pengurus bahagian unit sistem pemindahan dana dan sekuriti elektronik masa nyata (Rentas) bank perdagangan itu.

Wedani Senen memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi bahawa akaun lain bekas perdana menteri itu yang berakhir dengan nombor 880 pula menerima lebih 9.4 juta pound sterling antara 23 Jun dan 18 Dis 2014.

Semasa perbicaraan rasuah RM2.28 bilion 1MDB membabitkan Najib, Khamis lalu, Wedani yang merupakan saksi pendakwaan ke-29 berkata tertuduh menerima jumlah wang hampir AS$670 juta dalam akaun AmPrivate Banking-MR miliknya antara 2011 dan 2013.

Keterangannya hari ini adalah berhubung dakwaan tambahan tujuh transaksi yang dibahagikan antara nombor akaun Najib yang berakhir dengan 694 dan 880 antara 2013 dan 2014.

Semasa pemeriksaan oleh timbalan pendakwa raya Najwa Bistamam, Wedani berkata AS$61 juta dipindahkan daripada Tanore Finance Corporation dalam satu transaksi.

Saksi itu memberi keterangan bahawa £9.4 juta itu dipindahkan melalui enam transaksi daripada Blackrock Commodities (Global) Limited dan Vista Equity International Partners.

Najib, 68, yang menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS