Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jagdeep masuk hospital, diserang orang tak dikenali – laporan
Diterbitkan:  Jun 19, 2022 5:23 PM
Dikemaskini: 9:41 AM

Exco Kerajaan Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo didakwa diserang oleh orang tidak dikenali pada petang Jumaat dan dimasukkan ke hospital berikutan kejadian itu, menurut laporan hari ini.

The Malay Mail melaporkan seorang individu tidak dikenali telah menghampiri ahli parlimen itu lantas menolaknya dan kemudian anaknya sebelum melarikan diri dari tempat kejadian di sebuah restoran di Tanjung Bungah, Pulau Pinang sekitar jam 8.30 malam.

Adun Datok Keramat berusia 51 tahun itu dikatakan dibawa ke hospital selepas itu kerana kecederaan akibat kejadian tersebut.

Dilaporkan buku lali Jagdeep cedera tetapi dia berada dalam keadaan stabil sekarang.

Ketua Polis Pulau Pinang Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan telah menahan seorang suspek berhubung kes ini.

Suspek direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Kes itu dikatakan disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS