Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Peniaga rugi lebih RM500,000 diperdaya pelaburan menerusi Whatsapp
Diterbitkan:  Jun 19, 2022 7:30 AM
Dikemaskini: 11:30 PM

Seorang peniaga wanita dari Port Dickson kerugian RM583,555 selepas menjadi mangsa skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan menerusi aplikasi WhatsApp pada 14 Feb lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Supt Aibee Ab Ghani, berkata mangsa berusia 35 tahun itu telah menerima pesanan menerusi WhatsApp daripada seorang lelaki tidak dikenali yang menawarkan skim pelaburan melalui aplikasi 'RRR68.club'.

"Tertarik dengan tawaran tersebut, wanita berkenaan melakukan pembayaran sebanyak 52 transaksi berjumlah RM583,555 ke dalam 13 akaun bank bermula 15 Feb sehingga 23 April lepas," katanya dalam kenyataan di Seremban, semalam.

Beliau berkata mangsa berasa ditipu selepas mendapati aplikasi WhatsAppnya telah disekat oleh individu terbabit pada bulan lepas.

Katanya mangsa telah membuat laporan polis dua hari lepas dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS