Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lee: 'Ada orang pilih-pilih ingatan'
Diterbitkan:  Jun 18, 2022 8:16 PM
Dikemaskini: 12:17 PM

Bekas veteran DAP Lee Lam Thye mempertahankan dakwaannya keputusannya untuk keluar DAP 32 tahun lalu didorong oleh cubaan menyingkirkannya keluar dari Bukit Bintang, kawasan tempat dia berkhidmat sebagai ahli parlimen selama empat penggal.

Katanya, tidak mempunyai sebab untuk mereka-reka cerita tentang pemergiannya daripada parti yang pernah disertainya, seperti yang diceritakan dalam memoirnya baru-baru ini.

"Saya tidak dapat boleh buat apa jika sesetengah orang mempunyai ingatan terpilih.

"Saya telah berkata saya keluar parti kerana saya diberitahu oleh Lim bahawa saya tidak akan diletakkan untuk bertanding pada pilihan raya parlimen 1990 di kawasan Bukit Bintang yang mana saya menjadi ahli parlimen selama empat penggal," kata Lee, dipetik TheStar.

Lim Kit Siang hari ini menafikan mengkhianati bekas rakan partinya Lee Lam Thye menjelang pilihan raya umum 1990.

Dia menggelarnya sebagai "pembohongan besar" dan mendakwa bahawa dia tidak tahu sebab sebenar Lee berhenti daripada politik pada 1990.

Lee mendakwa dia diberitahu oleh kepimpinan DAP bahawa mereka telah mengenal pasti calon untuk menggantikannya di Bukit Bintang, sebelum memutuskan untuk keluar parti.

Bekas calon MCA Wee Choo Keong kemudian menggantikan Lee - dan kemudian Wee juga tidak memihak kepada kepimpinan DAP pada 1998.

Menurut Lee, langkah untuk menolaknya ke kerusi lain yang tidak dikenal pasti adalah kerana gaya politiknya yang "tidak suka berperang" tidak sesuai dengan kepimpinan parti.

Lee berkata, sekiranya dia dibenarkan kekal sebagai calon bagi kawasan itu, dia yakin dapat mempertahankan kerusi itu dan tidak ada sebab untuk dia bersara.

“Ini adalah kebenaran yang mudah. Tidak ada gunanya membicarakan perkara ini atau memanjangkan isu ini. Ia tidak menguntungkan sesiapa pun. Ia telah menjadi sejarah.

"Oleh itu, saya ingin meletakkan episod ini di belakang saya.

“Saya melakukan apa yang perlu saya lakukan untuk meluruskan rekod berdepan khabar angin jahat terhadap saya semasa pilihan raya 1990.

"Biar rakyat menjadi hakim terakhir mengenai watak dan integriti saya dan hubungan saya dengan Lim," kata Lee.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS