Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Perkara paling patriotik Najib adalah tolak idea mahu jadi PM lagi’
Diterbitkan:  Jun 16, 2022 11:32 AM
Dikemaskini: 3:49 AM

Bekas Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang percaya Najib Razak boleh menyelamatkan negara dari dimalukan lagi di seluruh dunia dengan menolak sebarang idea kedatangan semula politiknya sebagai perdana menteri sekali lagi.

Dalam satu kenyataan, Lim berkata ia adalah perkara yang wajar dilakukan susulan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini semasa istiadat konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam yang mahu supaya amalan rasuah dicela kerana ia bagai barah yang boleh menghancurkan sebuah tamadun.

“Perkara terbaik, bermaruah, dan paling patriotik yang boleh dilakukan Najib adalah dengan menolak sebarang idea kedatangan semula politiknya sebagai perdana menteri bagi menyelamatkan Malaysia dari dimalukan lagi di seluruh dunia

“Adakah Najib akan berbuat demikian dan adakah Barisan Nasional yang terdiri daripada Umno, MCA, dan MIC akan mengisytiharkan yang mereka tidak akan sama sekali menamakan Najib sebagai perdana menteri Malaysia di masa hadapan?” soal Lim.

Secara rasmi, kepimpinan tertinggi Umno telah mengesahkan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri BN pada PRU15.

Bagaimanapun, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong perlu melantik seorang perdana menteri berdasarkan pendapat Seri Paduka mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen.

Najib tidak pernah mengumumkan secara terbuka bahawa dia bercadang untuk menjadi perdana menteri sekali lagi sekiranya BN menang pada PRU15. Walau bagaimanapun, dia kekal sebagai seorang tokoh BN yang popular dan sering memikat kehadiran orang ramai yang masih memujannya.

Ini di sebalik pelbagai pertuduhan yang dihadapinya berhubung penyelewengan dana firma SRC International dan firma pelaburan negara, 1MDB.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS