Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Agong perkenan Tengku Permaisuri S'gor dimasyhur Pro-Canselor UiTM baru
Diterbitkan:  Jun 14, 2022 11:41 AM
Dikemaskini: 3:41 AM

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini berkenan mewasalkan pemasyhuran Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin sebagai Pro-Canselor UiTM yang baru.

Pemasyhuran Tengku Permaisuri Norashikin sebagai Pro-Canselor UiTM yang baru bagi tempoh 18 Okt 2021 hingga 17 Okt 2024 diadakan sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, di Shah Alam hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Hadir sama Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor.

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 (Nov 2020) kali ini berlangsung secara bersemuka bermula hari ini hingga 6 Julai menyaksikan seramai 27,287 graduan akan menerima sijil penganugerahan ijazah dan diploma dalam bidang masing-masing.

Daripada jumlah itu, seramai 169 graduan akan menerima Ijazah Doktor Falsafah; 1,243 Ijazah Sarjana; 62 Profesional; 163 Diploma Lepasan Ijazah; 9,024 Ijazah Sarjana Muda dan 16,626 graduan menerima Diploma.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS