Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pemimpin PN maklum perbincangan tak rasmi dengan parti lain- Muhyiddin
Diterbitkan:  Jun 12, 2022 6:16 PM
Dikemaskini: 10:16 AM

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata dia telah memaklumkan rakan gabungan parti itu mengenai perbincangan tidak rasmi dengan parti politik lain bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15.

Muhyiddin berkata majlis tertinggi PN dimaklumkan mengenai perkara itu semalam pada mesyuarat yang turut dihadiri Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, Presiden Star Jeffrey Kitingan, Presiden SAPP Yong Teck Lee, Presiden Gerakan Dominic Lau dan wakil komponen lain.

"Mesyuarat majlis tertinggi mengambil maklum tentang perbincangan tidak rasmi saya dengan pimpinan parti-parti politik yang lain.

"Mesyuarat juga membuat ketetapan untuk terus memperkasakan PN dan memperkukuhkan gerak kerja parti komponen PN dalam persiapan menghadapi PRU-15 dan mendepani isu- isu semasa yang dihadapi rakyat amnya," katanya yang juga presiden Bersatu dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini Bersatu telah memberi mandat kepada Muhyiddin untuk mencari jajaran baru bagi menghadapi BN pada pilihan raya umum akan datang tetapi beberapa parti komponen PN tidak menerima idea berkenaan.

Jumaat lalu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata pihaknya telah menjelaskan kepada Muhyiddin bahawa mereka tidak menyokong dan enggan bekerjasama di bawah pendekatan "khemah besar" Pakatan Harapan (PH).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS