Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas Yang Dipertua Dewan Negara kembali ke rahmatullah
Diterbitkan:  Jun 12, 2022 11:44 AM
Dikemaskini: 3:44 AM

Bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abang Ahmad Urai Datu Abang Mohideen meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah Sarawak di Petra Jaya di Kuching, kira-kira 12.30 tengah malam tadi.

Berita kematian tersebut disahkan pembantu peribadi Allahyarham ketika dihubungi Bernama hari ini.

“Tan Sri (Abang Ahmad Urai) telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Normah selepas rebah ketika menghadiri satu acara di sebuah hotel (di Kuching).

"Beliau meninggal dunia pada 12.30 tengah malam tadi.

“Jenazah Allahyarham akan dibawa ke kediamannya di Jalan Muda Hashim pagi ini,” katanya.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Umat Islam Masjid Bahagian di Kuching, selepas Zuhur.

Abang Ahmad Urai, 89, merupakan Yang Dipertua Dewan Negara dari 1988 hingga 1990.

Allahyarham juga pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS