Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
M'sia kesan kes pertama subvarian Omicron dengan kebolehjangkitan tinggi
Diterbitkan:  Jun 9, 2022 9:02 PM
Dikemaskini: 1:02 PM

Malaysia mengesan kes pertama subvarian Omicron BA.5 dan BA.2.12.1, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Kedua-duanya adalah subvarian Omicron yang telah ditandakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai wajar diteliti lebih dekat tetapi masih belum menganggap perlu untuk mengkategorikannya sebagai varian yang perlu menjadi kebimbangan.

“Ini adalah kali pertama keturunan varian ini dikesan. Kedua-duanya dikategorikan oleh WHO sebagai VOC-LUM (keturunan dalam pemantauan) di bawah varian Omicron.

"Setakat ini, faktor risiko kekal sama," katanya.

Menurut laporan mingguan WHO semalam, subvarian Omicron BA.2.12.1 dan BA.5 semakin meningkat dalam kelaziman di seluruh dunia, bersama-sama dengan subvarian BA.4 yang masih belum dikesan di Malaysia.

Ketiga-tiga subvarian itu membawa mutasi utama yang dipercayai meningkatkan kebolehjangkitannya dan keupayaan untuk mengelak sistem imun hosnya.

Walau bagaimanapun, ia berkata bukti yang ada setakat ini menunjukkan bahawa BA.4 atau BA.5 boleh menyebabkan penyakit yang lebih teruk, manakala tiada bukti tersedia untuk keterukan jangkitan BA.2.12.1.

Bulan lalu, jurnal Nature mencatatkan dalam laporan berita bahawa BA.4 dan BA.2.12.1 boleh mengatasi imuniti yang diberikan oleh jangkitan terdahulu dengan varian Omicron yang lain.

Kes melibatkan BA.2.12.1 telah meningkat dengan mendadak di Amerika Utara dan sejak itu telah dikesan di 53 negara setakat 21 Mei.

BA.4 dan BA.5 diperhatikan merebak dengan pantas di Afrika Selatan semasa gelombang Covid-19 kelima pada April, dan masing-masing telah dikesan di lebih 40 negara.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS