Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19: 1,518 kes baru, enam lagi kematian
Diterbitkan:  Jun 9, 2022 8:57 AM
Dikemaskini: 12:57 AM

Sebanyak 1,518 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,518,965.

Jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 21,589, turun 14.3 peratus berbanding dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri adalah seperti berikut:

  • Selangor (564)

  • Kuala Lumpur (390)

  • Pulau Pinang (89)

  • Negeri Sembilan (65)

  • Sabah (65)

  • Sarawak (60)

  • Perak (59)

  • Johor (57)

  • Kedah (52)

  • Melaka (38)

  • Kelantan (26)

  • Terengganu (17)

  • Putrajaya (16)

  • Pahang (12)

  • Perlis (6)

  • Labuan (2)

Sebanyak enam lagi kematian dilaporkan, semalam dengan tiga kes kematian adalah ketika dibawa (BID) ke pusat kesihatan atau hospital.

Sejak minggu lalu, purata 3.9 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula adalah sebanyak 4.0, yang menunjukkan trend penurunan.

Sejak wabak itu melanda pada Mac 2020, sebanyak 35,705 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Negeri yang mencatatkan kematian semalam adalah masing-masing dua di Perak dan Selangor manakala Kedah dan Negeri Sembilan masing-masing mencatatkan satu kes.

Sebanyak 941 pesakit Covid-19 yang sedang menerima rawatan di hospital dengan 26 daripada mereka sedang mendapat rawatan rapi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS