Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pertikai keputusan pemilihan PKR Gombak, biar JPP buat keputusan - Amirudin
Diterbitkan:  Jun 7, 2022 5:25 PM
Dikemaskini: 9:25 AM

Sebarang keraguan terhadap keputusan pemilihan parti bagi Ketua Cabang Gombak baru-baru ini perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR untuk pengesahan, kata Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin yang juga penyandang Cabang Gombak berkata dakwaan yang menyatakan lawannya Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak memenangi cabang itu juga perlu diputuskan oleh jawatankuasa tersebut.

“Tidak adil bagi saya untuk menyatakan benda ini secara teknikalnya betul atau tidak. Biarlah JPP mengesahkannya. Biar mereka tunjukkan bukti. Janganlah buktikan dengan propaganda,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Majlis Penasihat Kesihatan Awam Negeri Selangor (SELPHAC), di Shah Alam hari ini.

Amirudin mempertahankan jawatan Ketua Cabang Gombak apabila memperoleh 1,858 undi, menyingkirkan bekas Setiausaha Politik kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu yang mendapat 1,215 undi.

Mengulas bantahan Otai Reformis 1998 yang mendakwa kerajaan negeri menebang kawasan Hutan Simpan Kuala Langat (HSKL) untuk membangunkan kawasan penanaman jagung bagi bekalan makanan ayam, Amirudin berkata tanah tersebut merupakan kawasan hak penggunaan.

“Yang kita buka (untuk penanaman jagung) adalah di kawasan Bukit Cheeding, Kuala Langat. Tidak ada isu penyahwartaan dan mereka perlu semak isu sebelum menyerang,” katanya.

Semalam sebuah portal melaporkan Setiausaha Otai Reformis 1998 Abdul Razak Ismail membantah cadangan kerajaan negeri untuk menebang kawasan HSKL bagi membangunkan penanaman jagung.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS