Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

GLOBAL | Menteri Alam Sekitar Republik Dominika, Orlando Jorge Mera maut akibat ditembak dalam satu insiden di pejabatnya di ibu kota negara itu, Santo Domingo pada Isnin, dipercayai dilakukan oleh “rakan baiknya”, menurut pejabat presiden.

Miguel Cruz, “rakan baik Mera” telah ditahan polis, lapor Xinhua memetik kenyataan pejabat presiden.

Kerajaan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Insiden itu "sudah disiasat" dan hasil siasatan akan didedahkan kepada umum pada masa yang sesuai.

Sumber Kementerian Alam Sekitar dipetik akhbar tempatan ‘Acento’ memberitahu, penyerang bertindak memasuki pejabat Mera seorang diri, lalu kedengaran enam hingga tujuh das tembakan dilepaskan.

Bangunan kementerian dikosongkan susulan insiden itu.

Mera, 55, merupakan anak kepada bekas presiden Dominika Salvador Jorge Blanco, yang memerintah negara Caribbean itu pada 1982 dan 1986.

Dia dilantik menjadi menteri di bawah pemerintahan Presiden Luis Abinader pada Ogos 2020.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS