Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS ulangi tiada pilihan raya awal di Kedah, T'ganu dan K'tan
Diterbitkan:  Jun 7, 2022 11:57 AM
Dikemaskini: 3:57 AM

Kepimpinan PAS akan mengekalkan keputusannya sebelum ini untuk tidak membubarkan DUN Kedah, Terengganu dan Kelantan sehingga tamat penggal masing-masing.

Bercakap kepada pemberita di Sungai Panjang, Selangor semalam, Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata keputusan itu dibuat "lama dahulu" dan masih kekal sehingga hari ini.

“Keputusan kami ialah negeri-negeri yang dipimpin oleh menteri besar PAS (dewan undang-undang mereka) tidak akan dibubarkan sehingga akhir penggal,” katanya sambil menambah kuasa untuk menasihati sultan untuk membubarkan DUN terletak pada menteri besar.

Menurutnya, di peringkat nasional, ia terletak pada perdana menteri.

Idris dipetik berkata demikian oleh portal Malaysian Malaysia Gazette ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa PAS mahu menyaksikan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob meneruskan penggalnya hingga tempohnya berakhir tahun depan.

Tarikh luput DUN Kedah, Terengganu dan Kelantan masing-masing adalah pada 4 Julai 2023, 1 Julai 2023 dan 28 Jun 2023. Bagi Parlimen pula, tempohnya adalah pada 15 Julai 2023.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS