Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dari kaset ke kertas, tafsir Nik Aziz dilancarkan di Pesta Buku KL
Diterbitkan:  Jun 7, 2022 8:42 AM
Dikemaskini: 12:42 AM

Kitab tafsir al-Quran tokoh PAS allahyarham Abdul Aziz Nik Mat dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur semalam.

Membandingkan dengan Tafsir al-Azhar karya ulama Indonesia Hamka, timbalan menteri agama Ahmad Marzuk Shaary berkata dia cukkup berbangga dapat merasmikan pelancaran itu.

“Tafsir Tok Guru” itu dihasilkan daripada transkripsi kuliahnya setiap Jumaat di Kota Bharu yang semasa hayatnya sentiasa mengundang ribuan manusia.

“Semasa muda dahulu, saya sendiri selalu mengikuti kuliah-kuliah beliau. 

“Apabila saya membaca buku tafsir ini, boleh terbayang perkataan dan lenggok bahasa yang keluar daripada mulut almarhum Tuan Guru. 

“Teringat dahulu ketika di sekolah, kami datang ke kuliah beliau dengan menaiki motosikal,” kata Ahmad Marzuk.

Setakat ini, katanya, sudah ada sembilan buah buku yang merangkumi 19 surah.

Siri seterusnya sedang dalam proses tetapi agak sukar memandangkan sebahagian rakaman–yang kebanyakannya dalam bentuk kaset–sudah hilang, katanya.

Katanya, untuk memahamim pemiukian Nik Aziz, setiap rakyat Malaysia harus memiliki surang-kurangnya buku pertama yang mempunyai tafsir surah Al-Fatihan yang menjadi mata rantai buah fikirnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS