Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Lebih 1,000 pesara tentera berhimpun di Tugu Negara tuntut kebajikan dibela

Kira-kira 1,500 pesara tentera dari seluruh negara berkumpul di Tugu Negara hari ini bagi menyuarakan rasa tidak puas hati, terutama dalam isu kebajikan terhadap mereka.

Dinamakan Reunion Veteran, himpunan itu bermula seawal lapan pagi sehingga tengah hari tadi, dengan peserta yang rata-ratanya terdiri daripada kalangan warga emas teguh berdiri di bawah panas matahari.

Antara tuntutan yang dibangkitkan adalah agar pencen tentera yang bersara sebelum 2013 diselaraskan, serta hak untuk menerima pencen setelah sekurang-kurangnya 10 tahun berkhidmat.

Menurut mereka, di bawah skim sekarang, kebanyakan daripada lebih 300,000 pesara tentera hidup susah dan termasuk dalam kategori B40.

Timbalan pengerusi himpunan Mejar (B) Mior Rosli Mior Jaafar dalam ucapannya berkata pemimpin negara tidak sepatutnya melupakan sumbangan tentera.

Mejar (B) Mior Rosli Mior Jaafar

"Kita telah berjuang mempertahankan negara, tetapi dibiarkan sendiri (selepas bersara). Ramai yang hilang anggota badan (ketika berkhidmat). Seramai lebih 300,000 veteran di negara ini, tapi tiga perempat adalah B40.

"Kita undi wakil rakyat dan mereka patut perjuangkan kebajikan kita, tetapi mereka lupakan kita," katanya yang merupakan bekas mejar TUDM, disambut sorakan hadirin.

Menurut tinjauan kalangan peserta datang ke lokasi himpunan menggunakan pengangkutan awam, berkongsi kenderaan dengan rakan-rakan serta ada yang dilihat berjalan kaki.

Selain dari Lembah Klang, ada juga peserta yang ditemui Malaysiakini yang datang dari Alor Setar, Johor Bahru dan malah Kota Kinabalu.

Rasa kebersamaan jelas dilihat dalam kalangan peserta, yang dahulunya bersama-sama mengenakan seragam tentera dan kini berkongsi nasib yang sama.

Sebelum ucapan Mior, acara Reunion Veteran dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, ikrar taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan diikuti bacaan doa.

Selain isu kebajikan, himpunan turut menggesa pewujudan lembaga pengampunan bagi bekas tentera yang diberhentikan kerana isu disiplin di bawah mahkamah tentera.

“Dalam tentera kalau ada buat kesalahan pasti akan dihukum, dan selepas dihukum tidak ada peluang untuk diberikan pengampunan.

“Pada tahun 2012, wujud pula akta veteran yang mengatakan sesiapa yang diberhentikan atas tindakan disiplin tidak layak bergelar veteran dan seterusnya tidak layak mendapat manfaat veteran.

“Bukan sahaja bekas tentera itu terjejas, satu keluarga termasuk anak-anak dan isteri juga turut terkena tempias dan tak layak mendapat manfaat. Mereka nak makan apa?” soalnya.

Ucapan Mior Rosli diiringi laungan gemuruh ‘Gempur Wira’ dan ‘Hidup Veteran’ dari peserta perhimpunan yang mengelilinginya.

'Jurang pencen terlalu besar'

Bercakap dalam sidang media selepas himpunan, Mior yang juga perintis Pasukan Khas Udara (Paskau) TUDM berkata jurang kadar pencen antara anggoa yang pencen sebelum 2013 dan selepas itu amat besar.

Dia berkata kerajaan telah menilai semula kadar bayaran pada 2013, dengan mereka yang masih berkhidmat ketika itu mendapat kenaikan kira-kira 6 peratus daripada gaji bulanan.

Namun, pesara hanya mendapat kenaikan dua peratus, katanya.

Jadi, katanya lagi, anggota yang bersara selepas tempoh itu mendapat pencen yang jauh lebih tinggi.

"Bukan kita kata itu bukan rezeki mereka, tetapi udang-undang dalam perkhidmatan kata bila gaji naik, pencen pun perlu turut (naik) untuk kurangkan jurang.

"(Dengan skim) sekarang, merek yang pencen (sebelum 2013) dengan pangkt leftenan kolonel dan ke bawah semuanya B40," katanya lagi.

Sebagai contoh, Mior berkata dia bersara dengan pangkat mejar pada 1995 dengan pencen bulanan RM1,100 dan kini dia menerima pencen RM2,030 sebulan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS