Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Warisan tumpu perkukuh parti, bincang kerjasama kemudian'
Diterbitkan:  Jun 5, 2022 11:58 AM
Dikemaskini: 3:58 AM

Warisan perlu mengukuhkan parti dan menyelesaikan masalah sendiri dahulu sebelum berbincang soal gabungan, kata presidennya Mohd Shafie Apdal.

Shafie berkata demikian ketika mengulas kenyataan PH Sabah bahawa Warisan menjarakkan diri daripada mereka.

"Fokus kita sekarang adalah baiki rumah sendiri dahulu sebelum ke rumah orang lain.

"Saya sudah katakan sebelum ini, Warisan pada masa ini sedang menguatkan 'rumah' sendiri kerana pintu kami 'dicuri', tingkap kami 'dibeli'...," katanya ketika sidang media seleps mesyuarat Majlis Tertinggi Warisan di ibu pejabat parti itu di Kota Kinabalu, seperti dipetik Borneo Post.

Mengetuai pentadbiran Sabah selepas PRU 2018, Warisan tewas dalam pilihan raya negeri dua tahun lalu.

Selepas itu, ada juga kalangan pemimpin yang keluar parti dan usaha Warisan untuk bertanding di Semenanjung juga dilihat tidak mendapat sokongan, seperti yang dilihat ketika PRN Johor.

Shafie berkata sementara Warisan tdak lagi bersama PH, parti itu kekal sebagai pembangkang.

Berhubung soalan berkenaan cadangan Dr Mahathir Mohamad agar semua parti pembangkang bekerjasama tanpa Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Pengerusi Bersatu Muhyiddin Yassin, dia berkata masih belum bersedia dan hanya akan memberi tumpuan kepada parti sendiri.

"Saya ada banyak pengalaman, lebih 30 tahun dengan BN dan enam tahun dengan PH.

"Saya sudah bersama banyak kerjasama, tetapi bila tiba masanya, kita akan perlukan pengalaman kita untuk belajar sesuatu dan membuat penambahbaikan," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS