Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Korban hujan lebat di Brazil meningkat 126
Diterbitkan:  Jun 3, 2022 11:19 AM
Dikemaskini: 3:19 AM

GLOBAL | Angka korban akibat hujan lebat yang melanda bandar raya Recife dan di negeri Pernambuco, Brazil pada minggu lalu, meningkat kepada 126 orang, dengan dua lagi mangsa masih hilang, lapor Xinhua.

Kerajaan negeri Pernambuco pada Khamis memaklumkan sekurang-kurangnya 9,302 orang terpaksa berpindah selepas banjir yang mencetuskan tanah runtuh menimbus berpuluh-puluh rumah di Recife.

Kejadian itu adalah tragedi terburuk pernah berlaku di Pernambuco sejak permulaan abad ke-21 dan kedua terburuk dalam sejarah negeri – selepas banjir Mei 1966 menyebabkan air Sungai Capibaribe melimpah, meragut 175 nyawa.

Anggota bomba dan askar sedang berusaha untuk mencari dua mangsa yang hilang dengan bantuan anjing penyelamat.

Sebanyak 31 majlis perbandaran di Pernambuco mengisytiharkan darurat.

Kerajaan persekutuan mengumumkan peruntukkan kira-kira AS$200 juta untuk membaik pulih kawasan terjejas.

Hujan lebat turut menjejaskan negeri Sergipe, Alagoas, Paraiba dan Rio Grande do Norte, di wilayah timur laut Brazil. Di Alagoas, empat orang terbunuh manakala kira-kira 12,000 hilang tempat tinggal.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS