Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Presiden Tunisia pecat 57 hakim sekali gus
Diterbitkan:  Jun 2, 2022 10:00 PM
Dikemaskini: 2:00 PM

Presiden Tunisia Kais Saied memecat berpuluh-puluh hakim dan menuduh mereka melakukan rasuah serta melindungi pengganas, lapor Agensi Anadolu.

Bercakap semasa mesyuarat Kabinet pada Rabu, Saied berkata keputusannya itu dibuat kerana mendapati hakim-hakim itu mengganggu siasatan kes pengganas, melindungi suspek pengganas, dan rasuah kewangan.

Sejurus selepas mesyuarat kabinet itu, dekri presiden yang dikeluarkan mengumumkan pemecatan 57 hakim.

Antara yang dipecat ialah bekas Ketua Majlis Kehakiman Tertinggi Youssef Bouzaker dan Bachir Akremi. Penyokong Saied mendakwa kedua-dua hakin itu mempunyai hubungan yang terlalu rapat dengan Parti Ennahda.

Tunisia mengalami krisis politik sejak 25 Julai 2021, apabila Saied memecat kerajaan, menggantung parlimen, dan mengambil alih kuasa eksekutif, satu tindakan yang dikritik pihak lawan dan disifatkan sebagai "rampasan kuasa".

Beliau kemudian membubarkan parlimen pada Mac selepas Ahli Parlimen mengadakan sesi untuk membatalkan langkahnya itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS