Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Vietnam hasilkan vaksin demam babi Afrika
Diterbitkan:  Jun 2, 2022 9:15 PM
Dikemaskini: 1:15 PM

Vietnam berjaya menghasilkan vaksin untuk mencegah penyakit Demam Babi Afrika (ASF), kata Timbalan Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Phung Duc Tien.

Vaksin NAVET-ASFVAC dihasilkan NAVETCO National Veterinary Joint Stock Company dan dijangka berharga antara 34,000 VND  hingga 36,000 VND (US$1.47 hingga US$1.55) setiap dos, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Menurut Tien, meskipun lebih 4,000 kajian berkaitan virus dan pembangunan vaksin oleh saintis telah diterbitkan, belum ada vaksin komersial terhadap penyakit itu di dunia setakat ini.

Sehingga kini, tiada negara di dunia mengumumkan kejayaan pengeluaran vaksin komersial terhadap penyakit berkenaan.

“Oleh itu, potensi untuk mengeksport vaksin yang dihasilkan di Vietnam adalah besar,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS