Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Gempa bumi gegar Sichuan, China
Diterbitkan:  Jun 2, 2022 1:23 PM
Dikemaskini: 5:23 AM

GLOBAL | Operasi menyelamat sedang dijalankan susulan gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan Daerah Lushan di Ya'an, Sichuan, pada 5 petang waktu Beijing, lapor Xinhua memetik Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).

Selain itu, gempa bumi bermagnitud 4.5 dilaporkan berlaku pada 5.03 petang di Daerah Baoxing dan di Ya'an.

Setakat 7.40 malam, empat orang disahkan maut dan 14 lagi cedera di Daerah Baoxing manakala kira-kira 300 orang telah dipindahkan ke penempatan sementara.

Beberapa penempatan sementara turut dibina di Baoshan dan Lushan dengan keutamaan diberikan kepada warga emas, wanita, kanak-kanak dan pelajar.

Lebih 4,500 anggota penyelamat termasuk polis, bomba dan pegawai perubatan telah dikerahkan ke lokasi terjejas.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS