Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Agong, Permaisuri ucap selamat sambut Hari Gawai
Diterbitkan:  Jun 1, 2022 8:53 AM
Dikemaskini: 12:53 AM

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Gawai kepada semua yang meraikan perayaan itu di Sarawak hari ini.

Turut menzahirkan ucapan sama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Istana Negara menerusi hantaran di akaun Facebook rasmi menyatakan Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar perayaan Hari Gawai akan terus menyemarakkan keharmonian antara kaum dan memperkukuhkan perpaduan di Malaysia.

Seri Paduka berdua turut menzahirkan harapan semoga perayaan itu membawa kemakmuran, kesejahteraan dan kedamaian serta kebahagiaan kepada semua yang menyambutnya.

“Gayu Guru Gerai Nyamai," menurut hantaran itu.

Perayaan Hari Gawai menandakan bermulanya musim baru penanaman padi yang membawa nafas baru kepada masyarakat Sarawak.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS