Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Anak mengigau setiap malam lepas jadi mangsa buli di sekolah'

Seorang bapa mangsa buli mendedahkan anaknya mengalami gangguan emosi melampau selepas dibuli rakan-rakannya di sekolah dalam satu kejadian yang berlakupada 13 Mei lalu.

Menurut Zainizam Wakimun, kejadian yang berlaku di sebuah asrama di Seremban itu menyebabkan anaknya retak pergelangan tangan apabila dipukul pelajar lebih senior.

Malah katanya, sikap anaknya berubah secara drastik selepas melalui insiden yang meninggalkan trauma dan kesan mendalam itu.

“Dia mengigau setiap malam seolah dipukul. Nak pergi sekolah memang dah takut. Pergaulan sosial dah tidak macam dulu, perlu sentiasa ditemani saya.

“Dia mengigau setiap malam seolah dipukul. Nak pergi sekolah memang dah takut. Pergaulan sosial dah tidak macam dulu, perlu sentiasa ditemani saya.

“Dia sekarang lebih selesa duduk dalam rumah sahaja sebab rasa selamat dan ada perlindungan dari ibu bapa.

“Jika keadaan sebegini berterusan, saya akan bawa dia jumpa pakar psikiatri,” katanya ketika turut hadir menyampaikan memorandum Akta Anti Buli di Yayasan Kepimpinan Perdana semalam.

Memorandum itu merupakan inisiatif Pertubuhan Suara Aspirasi Wanita Malaysia (Aswa) yang disampaikan kepada bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal Ehwal Undang-undang).

Dalam pada itu Zainizam turut mempersolkan prosedur yang dilakukan pihak sekolah apabila pelaku dalam kes buli anaknya dapat bersekolah semula selepas dibebaskan daripada reman.

“Sekarang pembuli itu dah bersekolah balik. Jadi maksudnya kalau saya hantar anak saya masuk sekolah semula, pembuli itu akan jumpa dia, perkara sama berulang sampai anak saya mati,” katanya sinis.

Dia turut meluahkan kekesalan dengan tindakan sesetengah sekolah yang memilih untuk berdiam diri apabila timbul kes buli.

“Pelajar di sekolah akan rasa tidak selamat apabila budaya sebegini diamalkan. Apa guna laporkan insiden buli apabila tiada tindakan yang akan dikenakan kepada pelaku.

“Yang kawan-kawan si pelaku pula, apabila nampak tiada tindakan yang diambil, mereka pun akan ikut sama naik kepala. Macam penjenayah, bila dah tak takut, lagi berleluasa.

“Mangsa tiada tempat bergantung, mengadu dekat sekolah pun ada kerenah birokrasi, jadi benda itu terpendam dan seterusnya disenyapkan sahaja,” katanya.

Sehubungan itu Zainizam menggesa kerajaan untuk memandang serius isu ini memandangkan amalan buli merupakan perbuatan samseng dan generasi belia adalah cerminan masa hadapan negara kita.

Dia juga mencadangkan agar Kementerian Pendiikan mengkaji semula sistem warden dengan mewujudkan sistem warden khusus di sekolah berasarama.

“Saya difahamkan warden pun dipilih daripasda kalangan guru. Bagaimana mereka nak pantau asrama dan pada masa yang sama jadi cikgu. Jadi cikgu pun beban dah banyak. Dan elaun yang diberi tak banyak mana,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS