Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
UUM tarik larangan, solidarti buat Vinosiny tak dihalang
Diterbitkan:  May 31, 2022 2:57 PM
Dikemaskini: 7:11 AM

Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini menarik balik peringatannya agar pelajar tidak bercakap secara terbuka, menganjurkan atau menghadiri sebarang acara yang berkaitan dengan kematian S Vinosiny.

Dalam penjelasan hari ini, UUM berkata, sebarang aktiviti yang menunjukkan solidariti tidak dihalang, tetapi pelajar dinasihatakan supaya sentiasa berhemah dalam apa jua tindakan mereka.

“Pihak universiti tidak menghalang mana-mana pelajar daripada terlibat dalam sebarang aktiviti yang menunjukkan solidariti terhadap kematian mendiang Vinosiny.

“Bagaimanapun, pihak universiti menasihatkan para pelajar agar sentiasa berhemah dalam apa jua tindakan memandangkan kes ini masih dalam siasatan pihak berkuasa,” kata jabatan komunikasi korporat UUM dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu merujuk kepada kenyataan Jumaat lalu oleh pejabat naib canselor (hal ehwal pelajar) UUM.

Pejabat itu mengeluarkan peringatan agar pelajar tidak bercakap secara terbuka, menganjurkan atau menghadiri sebarang acara yang berkaitan dengan kematian Vinosiny.

Pihak universiti berkata tindakan tatatertib akan diambil terhadap mana-mana pelajar yang melanggar larangan tersebut.

Notis itu dikeluarkan sebelum forum dan acara nyalaan lilin yang dianjurkan oleh pelajar untuk Vinosiny.

Vinosiny, 20, meninggal dunia di bilik asramanya di kampus Sintok UUM, Kedah pada Sabtu, 21 Mei lalu.

Pelajar perakaunan itu disyaki mengalami renjatan elektrik sehingga maut, sesuatu yang didakwa keluarga itu disokong oleh kecederaan pada badannya dan hasil bedah siasat.

UUM didakwa tidak telus berhubung keadaan kematiannya.

Bapanya telah membuat laporan polis ke atas universiti itu dengan mendakwa kemungkinan kecuaian oleh pentadbir.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS