Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Kalau betul ada 119 sokongan, Muhyiddin dah angkat sumpah’
Diterbitkan:  May 31, 2022 1:18 PM
Dikemaskini: 7:00 AM

DAP menafikan anggota parlimen parti itu turut menyokong presiden Bersatu Muhyiddin Yassin untuk menjadi perdana menteri sekali lagi.

“Kalau betul, dia dah patut dah angkat sumpah jadi PM kan?

“Jadi itu tentulah tidak betul.

“Kamu fikir DAP akan sokong Muhyiddin ke?” soal Setiausaha Agong DAP Anthony Loke kembali ketika menjawab soalan Malaysiakini melalui Whatsapp.

Presiden Parti Warisan Sabah Shafie Apdal mendakwa Muhyiddin dua bulan lalu memberitahunya mempunyai sokongan 119 anggota parlimen selepas berunding dengan Loke dan Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim.

Shafie bagaimanapun berkata dia menolak ajakan untuk menyokong Muhyiddin.

“Saya beritahu dia (Muhyiddin) jika anda mempunyai nombor, anda teruskan, saya tidak akan mengikut anda,” katanya dalam acara bertemu orang ramai di di Sandakan, pada Ahad.

Dalam pada itu dalam sidang media, Shafie berkata gabungan parti politk yang ada ketika ini hanya untuk memuaskan nafsu pemimpin.

“Semata-mata digabungkan untuk mencukupkan jumlah mereka memerintah kononnya.

“Tapi kita sedar dan tahu ini merupakan hanya landasan untuk hanya kepentingan mereka,” dia dipetik sebagai berkata oleh Astro Awani.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS