Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Sapura Energy jual kapal bernilai AS$71.50 juta
Diterbitkan:  May 31, 2022 9:17 AM
Dikemaskini: 1:28 AM

Anak syarikat milik penuh Sapura Energy Bhd, Sapura 3000 Pte Ltd memeterai Memorandum Perjanjian (MOA) untuk penjualan kapalnya, dikenali sebagai Sapura 3000, dengan nilai US$71.50 juta (US$1=RM4.36).

MOA itu untuk menjual kapal pasang paip dan kren yang ditandatangani pada Jumaat lepas dengan Safeen Feeder Company – Sole Proprietorship LLC, sebuah syarikat dalam Abu Dhabi Ports Group.

“Harga kapal itu berdasarkan kesediaan pembeli dan penjual, selepas menjalankan proses Permintaan untuk Cadangan antarabangsa.

“Cadangan langkah penjualan aset itu merupakan sebahagian daripada pelan tetapan semula kumpulan, yang memberi tumpuan kepada kemampanan jangka panjang Sapura Energy dengan meningkatkan kedudukan kecairannya, menyelaraskan model operasinya dan menyediakan lebih fleksibiliti untuk pertumbuhan strategik,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia, semalam.

Katanya tunai yang dijana daripada cadangan penjualan Sapura 3000 akan digunakan untuk modal kerja dan mengurangkan pinjaman kumpulan.

Penjualan aset itu dijangka selesai pada pertengahan Julai ini.

Sapura 3000, sebuah kapal pasang paip serba boleh, mampu melaksanakan projek laut dalam dan cetek, dibina pada 2008 dan kini berlayar di bawah bendera Malaysia.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS