Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Paras air Kolam Bukit Merah kritikal, jejas petani dan industri
Diterbitkan:  May 30, 2022 8:41 PM
Dikemaskini: 12:41 PM

Paras ais di Kolam Bukit Merah telah mencapai paras kritikal 20 kaki, berdasarkan bacaan terkini pagi ini, menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kerian.

"Bacaan paras kolam takungan Kolam Bukit Merah menunjukkan tahap kritikal, hanya untuk operasi bekalan air.

"Oleh itu, semua petani diminta membuat mod takungan di petak-petak sawah dan berjimat-cermat demi kesejahteraan bersama," kata JPS Kerian di Facebook.

Perbandingan imej radar satelit (gambar bawah, permukaan air berwarna biru gelap) dari Empangan Bukit Merah dan kawasan sekitarnya antara 22 Ogos tahun lepas dan 25 Mei tahun ini juga menunjukkan kawasan air berkurang.

Jumaat lalu, satu notis dari JPS Kerian memaklumkan bekalan air pengarian akan dihentikan secara berperingkat sepenuhnya apabila paras Kolam Bukit Merah mencecah paras 20 kaki.

Menurut jabatan itu, keutamaan bekalan air adalah untuk rawatan air mentah oleh Loji Rawatan Air (LAP) Gunung Semanggol dan Jalan Baru, Parit Buntar.

Pada Februari lalu, Menteri Besar Perak Saarani Mohamad berkata penurunan paras air akibat musim pnas dan kering yang bukan saja menjejaskan pesawah padi, tetapi industri pembuatan di Taiping.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS