Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tanam 102 pokok ganja: Reman anak bekas duta dilanjut 5 hari

Perintah reman terhadap anak lelaki kepada bekas duta dilanjutkan lima hari lagi bagi membantu sasatan polis terhadap dakwaan mengusahakan 102 pokok ganja di rumah bapanya di Janda Baik, Pahang.

Mahkamah Majistret Bentong hari ini membenarkan permohonan lanjutan reman sehingga 4 Jun ini.

Ia selepas permohonan lanjutan reman tujuh hari terhadap bekas duta itu ditolak dua hari lalu.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, peguam lelaki itu, Rahmat Hazlan mengesahkan majistret Shahrul Ekhsan Hasim membenarkan permohona lanjutan reman yang dibuat polis terhadap anak guamnya.

"Majistret benarkan lanjutan reman selama lima hari sehingga 4 Jun," katanya.

Berhubung sama ada dua beranak itu akan dibawa ke mahkamah untuk berdepan pertuduhan dadah atau tidak, Rahmat berkata pihaknya belum pasti buat masa ini.

Dalam kenyataan ringkas sebelum ini, peguam itu berkata majistret "berpuas hati bahawa tiada bukti untuk melibatkan (bekas duta) dengan sebarang kesalahan".

Bekas duta berusia 78 tahun yang bergelar datuk itu ditahan ketika serbuan polis di rumahnya pada 21 Mei lalu.

Dalam serbuan itu, polis menemui 102 batang pokok ganja yang ditanam di sekeliling kediaman selain bekas berisi cecair dipercayai minyak ganja selain daun ganja yang sudah dikeringkan

Anaknya ditahan di rumahnya di Shah Alam pada Isnin minggu lalu.

Ia merupakan rampasan pokok ganja terbesar di dalam sejarah narkotik negara memandangkan sebelum ini kebanyakan kes hanya melibatkan pokok yang ditanam di dalam pasu.

Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 6B dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS