Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lelaki ditahan lepas tunjuk pistol mainan sambil memandu
Diterbitkan:  May 30, 2022 1:18 PM
Dikemaskini: 5:18 AM

Seorang lelaki ditahan polis selepas menunjukkan pistol mainan ketika memandu dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang di Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihak menerima laporan pengadu yang juga seorang pengguna lebuh raya berhampiran Damansara.

Katanya pengadu melihat suspek mengeluarkan sepucuk pistol melalui tingkap dan menghalakan ke atas.

Bertindak atas maklumat yang diteria, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan di sebuah apartment di Kuala Lumpur.

"Pihak polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Wira dan sepucuk pistol mainan bagi membantu siasatan.

"Siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat, dan mendakwa pistol mainan berharga RM2.40 itu adalah milik anak buahnya yang berusia empat tahun.

"Suspek turut mendakwa dia sedang bermain dengan anak buahnya ketika kejadian tersebut," katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Susulan itu Mohamad Fakhrudin berkata, suspek yang mempunyai satu rekod jenayah lampau itu dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini bagi permohonan reman.

Menurutnya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 26 Akta Senjata 1960 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi enam bulan, denda atau kedua-duanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS