Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
JHEAIK siasat video 'khurafat di Gunung Jerai'
Diterbitkan:  May 29, 2022 3:49 PM
Dikemaskini: 7:49 AM

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) sedang menyiasat satu video yang tular berkenaan amalan dikatakan khurafat dilakukan di atas Gunung Jerai, Yan baru-baru ini.

Pengarah JHEAIK Datuk Mohd Yusri Md Daud berkata pihaknya telah menerima aduan daripada orang ramai berhubung video yang berdurasi selama satu minit itu.

"JHEAIK amat memandang berat dan sedang menyiasat aduan tersebut mengikit Seksyen 4 dan Seksyen 7 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 atas kesalahan doktrin palsu dan menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam.

"Dalam masa sama, JHEAIK melalui Bahagian Penyelidikan telah dan akan terus mengadakan siri penerangan di seluruh Kedah berkaitan bahaya amalan khurafat kepada masyarakat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata JHEAIK akan terus memberikan penerangan kepada masyarakat dan sentiasa memantau aktiviti keagamaan di seluruh negeri.

"Kita minta sentiasa masyarakat peka dan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang bercanggah dengan agama Islam untuk diambil tindakan.

"JHEAIK amat berharap golongan pendakwah dan asatizah di negeri ini menyampaikan ilmu berdasarkan fakta berpandukan sumber dalil daripada Al-Quran dan As-Sunnah dan berharap masyarakat di Kedah sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam menerima sebarang dakwaan berkaitan agama Islam," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS