Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kes rakaman telefon: Bekas menteri, ketua polis Djibouti dipenjara 3 tahun

GLOBAL | Kedua mereka didakwa kerana mendapatkan rakaman rahsia yang dikatakan antara presiden dan komander tertinggi negara di Afrika Timur itu.

Mahkamah di negara Afrika Timur Djibouti menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun kepada seorang bekas menteri kewangan dan bekas ketua polis kerana mendapatkan rakaman rahsia yang dikatakan antara presiden dan komander tertingginya, lapor media kerajaan pada hari Jumaat.

Bodeh Ahmed Robleh dan Abdillahi Abdi Farah memperoleh perbualan telefon dengan cara yang bertentangan dengan undang-undang, lapor Anadolu Agency memetik kenyataan pejabat pendakwa raya.

Farah, bekas ketua polis, ditahan awal tahun ini atas dakwaan terlibat dalam rampasan kuasa terhadap Presiden Ismail Omar Guelleh, yang memerintah negara itu sejak 1999 dan merupakan salah seorang pemerintah paling lama berkhidmat di Afrika.

Dua pegawai lain - Yabeh Said Gueldon dan Ibrahim Abdi Guelleh - juga dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana membocorkan rahsia negara.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS