Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kebakaran bilik server: Sistem dalam talian S'wak pulih Isnin
Diterbitkan:  May 28, 2022 8:43 AM
Dikemaskini: 12:43 AM

Kerja-kerja memulihkan sistem dan perkhidmatan dalam talian kerajaan Sarawak yang tergendala akibat kebakaran di bilik server di Wisma Bapa Malaysia di Kuching malam kelmarin, dijangka selesai Isnin ini.

Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS), syarikat teknologi maklumat (IT) milik kerajaan negeri, dalam kenyataan dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) memaklumkan para pakarnya telah berkerja 24 jam sejak insiden itu dengan sebahagian sistem yang kritikal berjaya dipulihkan.

“Kami akan meneruskan usaha untuk memastikan sebahagian besar sistem dan perkhidmatan kembali berfungsi menjelang Isnin ini,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan kebakaran dilaporkan oleh orang awam pada 7.13 malam semalam selepas asap tebal dilihat keluar dari salah satu daripada 22 tingkat bangunan pusat pentadbiran negeri itu.

Bekalan elektrik di bangunan itu diputuskan pada 8.28 malam sebelum anggota bomba dapat memasuki bilik server dan memadamkan api.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS