Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
K'jaan Selangor dikecam kerana mahu tebas hutan untuk tanam jagung
Diterbitkan:  May 27, 2022 3:19 PM
Dikemaskini: 7:22 AM

Kumpulan alam sekitar mengecam rancangan penanaman jagung di kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan susulan peningkatan harga bijirin import.

“Kami bimbang kerana ia hutan simpan,” kata Biodiversity, Environment, Agroecology, Climate Change and Habitat (BEACCH), kluser alam sekitar NGO Platform for Reform.

“Dan banyak lagi tanah pertanian terbiar seperti di Selangor Fruit Valley di Ijok.

“Tanaman selingan juga boleh dibuat di tanah dan ladang baru dan sedia ada serta di kawasan terbiar seperti di Cyberjaya.” 

Kuala Langat Selatan dan Gemas, Negeri Sembilan diputuskan sebagai tempat penanaman jagung bagi mempertingkatkan bekalan makanan ayam negara.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari pada 18 Mei berkata projek tanaman jagung bijirin di Kuala Langat dan Gemas itu dijangka mengurangkan kebergantungan bekalan import antara dua hingga tiga peratus.

Katanya projek RM3 juta Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan) itu dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini selepas pembersihan.

Berpandukan rujukan dari Amerika Syarikat, projek seluas 283.2 hektar itu dijangka mengeluarkan hasil tiga kali setahun dengan setiap pusingan mengambil masa 100 hari.

Dalam kenyataaan hari ini, BEACCH berkata liputan hutan Selangor kini cuma 31 peratus – walaupun Malaysia berjanji mengekalkannya pada paras 50 peratus di Persidangan Bumi Rio Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1992.

“Tidak patut ada lagi hutan dipugar untuk tujuan komersial atan pertanian,” kata mereka.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS