Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Status permohonan Zuraida sertai PBM diketahui lepas 7 Jun
Diterbitkan:  May 27, 2022 2:53 PM
Dikemaskini: 6:53 AM

Keputusan rasmi berhubung permohonan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan diumumkan oleh presiden parti itu Larry Sng, setelah dia kembali dari luar negara.

Sng dalam kenyataan hari ini memaklumkan dia akan berlepas ke luar negara hari ini dan dijangka pulang ke tanah air pada 7 Jun nanti.

“Saya baru dimaklumkan tentang pengumuman Yang Berhormat Datuk Zuraida Kamaruddin yang berhasrat menyertai PBM.

“Kami akan membuat pengumuman rasmi mengenai keputusan kemasukannya apabila saya balik dari luar negara,” katanya.

Sng berkata pimpinan pusat parti itu akan membincangkan permohonan tersebut kerana ia adalah sebahagian daripada proses yang wajar dalam permohonan keahlian.

“Saya ingin mengulangi bahawa PBM mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berkongsi perjuangan parti,” katanya.

Semalam, Zuraida yang sebelum ini ahli Bersatu mengumumkan menyertai PBM kerana tertarik dengan perjuangan parti berkenaan dan meletakkan jawatannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS