Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1,918 kes baru Covid-19, dua lagi kematian
Diterbitkan:  May 25, 2022 8:51 AM
Dikemaskini: 12:51 AM

Sebanyak 1,918 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,494,782.

Jumlah kes aktif sebanyak 24,940, naik 0.4 peratus berbanding 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri:

  • Selangor (831)

  • WP Kuala Lumpur (413)

  • Pulau Pinang (124)

  • Negeri Sembilan (118)

  • Melaka (104)

  • Kedah (62)

  • Johor (56)

  • Perak (56)

  • Sabah (52)

  • Sarawak (34)

  • WP Putrajaya (20)

  • Pahang (19)

  • Kelantan (13)

  • Terengganu (13)

  • Perlis (2)

  • WP Labuan (1)

Sementara itu, dua lagi kematian dilaporkan. Tiada kes pesakit meninggal dunia di luar hospital.

Sejak minggu lepas, purata 3.4 orang dilaporkan meninggal dunia, manakala purata untuk 30 hari pula sebanyak 4.9, yang menunjukkan aliran menurun.

Sebanyak 100 korban dilaporkan akibat Covid-19 bulan ini, manakala terdapat 564 laporan kematian bulan lepas dan 2235 kematian pada bulan March.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 35,647 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Sebanyak 1,075 pesakit Covid-19 yang sedang menerima rawatan di hospital dengan 32 orang sedang mendapat rawatan rapi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS