Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19: 1,544 kes baru, dua kematian dilaporkan
Diterbitkan:  May 24, 2022 9:02 AM
Dikemaskini: 7:19 AM

Sebanyak 1,544 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam, dengan jumlah terkumpul kini meningkat kepada 4,492,864. kes.

Kes aktif pada masa ini sebanyak 25,148 kes, meningkat 9.6 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (828)

Kuala Lumpur (113)

Pulau Pinang (93)

Melaka (86)

Johor (83)

Perak (75)

Negeri Sembilan (63)

Kedah (55)

Sabah (43)

Putrajaya (38)

Sarawak (27)

Kelantan (13)

Terengganu (13)

Pahang (12)

Perlis (1)

Labuan (1)

Kementerian Kesihatan (KKM) juga memaklumkan dua kematian akibat wabak itu dilaporkan semalam, dan tiada kes kematian ketika dibawa ke hospital (brought in dead).

Sepanjang minggu lalu, purata 3.6 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata 5.1 orang meninggal dunia dalam tempoh 30 hari lalu.

Sejak wabak ini mula menular pada Mac 2020, sejumlah 35,645 kes kematian telah dilaporkan.

Sebanyak 98 kematian akibat Covid-19 dilaporkan setakat bulan ini. Sebagai perbandingan, sebanyak 564 kes kematian dilaporkan bulan lalu dan 2,235 kes pada Mac.

Kedua-dua kematian semalam dilaporkan di Selangor.

Sebanyak 1,078 pesakit Covid-19 dirawat di hospital dengan 39 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi.

Sementara bilangan kemasukan pesakit sedikit menurun sejak minggu lalu, jumlah yang dirawat di ICU dilihat tidak banyak berubah.

Selangor mencatatkan jumlah kemasukan ke hospital tertinggi semalam iaitu sebanyak 128 kes diikuti Johor (100) dan Sabah (49).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS