Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis reman lelaki cuba culik kanak-kanak 4 tahun
Diterbitkan:  May 23, 2022 12:31 PM
Dikemaskini: 7:33 AM

Polis telah menahan reman seorang lelaki warga Myanmar yang cuba menculik seorang kanak-kanak 4 tahun dalam satu kejadian pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, ACP Wan Zahari Wan Busu berkata, lelaki itu berjaya ditahan selepas dipercayai cuba berbuat demikian berdekatan Pusat Dagangan Batu 3 di Kuantan.

Wan Zahari berkata, pasukan polis dari ibu pejabat polis daerah (IPD) Kuantan bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pada jam 9.45 pagi.

“Suspek terlebih dahulu berjaya ditangkap oleh bapa mangsa sebelum menyerahkannya kepada anggota polis.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek berkenaan cuba melarikan seorang kanak-kanak Melayu dari rumah berhampiran lokasi berkenaan.

“Bapa mangsa yang menyedari cubaan suspek itu mengejar suspek dan berjaya menahannya dengan bantuan orang awam, " katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Zahari berkata, bapa mangsa sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Proses reman suspek dilakukan hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 363/511 kerana cuba melarikan orang dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen pengenalan diri, katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS