Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
2,063 kes baru Covid-19, lima lagi kematian
Diterbitkan:  May 21, 2022 9:17 AM
Dikemaskini: 1:29 AM

Sebanyak 2,063 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam, dengan jumlah terkumpul kini meningkat kepada 4,487,482 kes.

Kementerian Kesihatan (KKM) juga memaklumkan lima kematian terbaru akibat wabak itu, menjadikan jumlah kematian kini sebanyak 35,638 orang.

Kes baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (786)

Kuala Lumpur (405)

Negeri Sembilan (120)

Pulau Pinang (119)

Melaka (116)

Perak (112)

Kedah (86)

Johor (68)

Putrajaya (65)

Sabah (63)

Sarawak (50)

Pahang (30)

Kelantan (14)

Terengganu (12)

Perlis (11)

Labuan (6)

Sementara itu, kes aktif Covid-19 kini berjumlah 29,229, meningkat 25.6 peratus berbanding 14 hari lalu.

Daripada lima kematian yang dilaporkan, dua kematian berlaku di Johor manakala Perak, Pulau Pinang dan Selangor masing-masing mencatatkan satu kematian.

Sepanjang minggu lalu, purata 4 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata 6 orang meninggal dunia dalam tempoh 30 hari lalu.

Sebanyak 91 kematian akibat Covid-19 dilaporkan setakat bulan ini.

Sebanyak 1,124 pesakit Covid-19 dirawat di hospital dengan 36 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi.

Selangor mencatatkan jumlah kemasukan ke hospital tertinggi semalam iaitu sebanyak 145 kes diikuti Johor (127) dan Sabah (74).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS