Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemilihan PKR Pahang: 9 cabang selesai pilih ketua

Proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang yang bermula pagi tadi menyaksikan sembilan daripada 14 Ketua cabang menang tanpa bertanding.

Antara yang mengekalkan jawatan ialah Ketua Cabang Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi; Ketua Cabang Indera Mahkota, Lee Chean Chung; Ketua Cabang Rompin, Jamaludin Masri dan Ketua Cabang Maran, Bostamin Bakar.

Setiausaha PKR Pahang, Wong Ming Hui ketika dihubungi memaklumkan, cabang lain yang turut dimenangi tanpa bertanding ialah Bentong, Raub, Bera, Cameron Highlands, Jerantut dan Kuala Krau.

"Untuk jawatan Ketua Cabang Bera kekal disandang Manolan Mohamad manakala Mohamad Hafez Harun pula mengekalkan jawatan Ketua Cabang Kuala Krau.

"Seramai empat lagi cabang menampilkan muka baru selepas penyandang jawatan sebelumnya tidak bertanding.

"Mereka ialah Jeffry Nizam dipilih sebagai Ketua Cabang Bentong, Anuar Busu di Raub, Ismail Mohd Hussin di Cameron Highlands dan Mohd Rafly Mohamad Satar dipilih sebagai Ketua Cabang Jerantut," katanya.

Ming Hui berkata, keputusan pemilihan di empat lagi cabang hanya akan diketahui selepas proses pemilihan termasuk undi secara dalam talian selesai sepenuhnya hujung bulan ini.

Katanya, tidak ada sebarang insiden atau masalah dilaporkan sejak pusat pemilihan dibuka kira-kira jam 9 pagi tadi.

Sementara itu, pemilihan Ketua Cabang Paya Besar dijangka sengit selepas menyaksikan pertembungan tiga penjuru.

Calon bagi jawatan itu ialah Wan Fauzuldin Wan Samad yang juga penyandang Ketua Cabang Paya Besar dan dia dicabar Ahmad Omar dan Kamarzaman Mohamed Yunus.

Tiga lagi cabang yang menyaksikan pertandingan ialah cabang Pekan, Temerloh dan Lipis.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS