Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pegawai Goldman capai persetujuan RM348.6 juta berkaitan 1MDB

Pegawai dan pengarah Goldman Sachs Group dilaporkan mencapai persetujuan berjumlah AS$79.5 juta (RM348.6 juta) dengan pemegang saham yang mendakwa kelalaian mereka menyebabkan bank itu terpalit dengan skandal 1MDB.

Menurut Reuters, penyelesaian awal berhubung saman yang difailkan pemegang saham dibuat di Mahkamah Persekutuan Manhattan semalam (Jumaat) dan memerlukan kebenaran hakim.

Pemegang saham diketuai Sistem Persaraan Pekerja Fulton County di Atlanta yang mempertanggungjawabkan CEO Goldman Sachs, David Solomon, bekas CEO Lloyd Blankfein dan beberapa pihak lagi atas "secara sedar tidak mengendahkan obligasi pemantauan" dengan bank tersebut tidak sedar "tanda-tanda" penipuan yang berlaku.

Tiada defendan yang mengaku sebarang kesalahan atau liabiliti walaupun bersetuju untuk menyelesaikan saman itu, menurut laporan itu.

Jurucakap Goldman Sachs, Maeve DuVally pula enggan mengulas lanjut.

Persetujuan itu antara lain menyatakan syarikat insurans bagi defendan akan membayar AS$79.5 juta kepada Goldman Sachs, yang kemudian akan menggunakannya untuk langkah tadbir urus dan pematuhan, termasuk memberi lebih kuasa kepada ketua pegawai pematuhannya serta mewujudkan talian untuk pekerja memberi sebarang maklumat secara rahsia.

Terdahulu, pendakwa AS berkata Goldman Sachs telah membantu 1MDB untuk mengaturkan penjualan bon berjumlah AS$6.5 bilion namun AS$4.5 bilion daripada wang itu dialihkan dalam bentuk rasuah dan habuan kepada pegawai kerajaan, pegawai bank dan pihak lain.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS