Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Belanda mungkin kaji semula Skim Pensijilan Kayu Malaysia - NGO
Diterbitkan:  May 13, 2022 1:52 PM
Dikemaskini: 5:52 AM

Kerajaan Belanda "menunjukkan minat" untuk mengkaji semula pengiktirafan terhadap Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS), kata delegasi rakyat Malaysia yang berada di negara itu.

Kumpulan itu, termasuk wakil dari pertubuhan Penan, Keruan, serta NGO Orang Asal dan alam sekitar, Save Rivers, telah bertemu wakil kerajaan Belanda, ahli politik dan masyarakat sivil berhubung perkara itu.

Kumpulan itu mahu mendapatkan sokongan Belanda kerana negara itu merupakan pengimport utama kayu yang diperakui MTCS, yang terdiri daripada 28 peratus daripada jumlah eksport pada 2020.

Antara lain, kumpulan itu berkata perolehan balak yang diperakui MTCS telah menyebabkan masyarakat Orang Asal kehilangan tempat tinggal dan menjejaskan cara hidup mereka.

Seorang penduduk kampung Penan, Laki Weng yang merupakan anggota delegasi, berkata pembalakan yang diperakui MTCS oleh firma pembalakan Samling, bersebelahan kampungnya di Long Adang, menyebabkan penduduk kampung tidak dapat membina rumah daripada kayu balak dan menjejaskan mata pencarian mereka.

“Masyarakat kami tidak sedar bahawa kawasan kami mendapat pensijilan MTCS kerana kami tidak dirunding dengan betul.

"Saya sangat gembira melihat kerajaan Belanda bersedia untuk bertemu kami dan mendengar pendapat kami.

“Di Malaysia, kebimbangan kami tidak dianggap secara serius, kami tak akan dapat peluang untuk menyampaikannya kepada kerajaan," katanya dalam kenyataan.

Samling, dalam menjawab dakwaan tersebut sebelum ini, berkata syarikat itu beroperasi secara sah dan menyatakan rasa kecewa dengan tuduhan berkenaan.

"Kami mematuhi garis panduan yang ketat untuk semua aktiviti kami, termasuk proses pensijilan, yang secara semula jadi sebahagian daripada rancangan operasi kami ke arah memastikan pengurusan sumber hutan yang bertanggungjawab," kata Samling kepada Al Jazeera pada Oktober 2020.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS